Semekar Rose Di Taman Bab 3

             Kehidupan Maria kini ceria dengan adanya kawan-kawannya yang menyokongnya. Setiap detik yang dilalui bagaikan emas yang hilang. Maria takut jika suatu hari nanti dia tidak akan dapat menikmati semua itu lagi. Keluarga dan kawan-kawannya merupakan nafas hidupnya. Tiada mereka, siapalah Maria. Tiada mereka, Maria tidak akan dapat meneruskan hidupnya.

             Iskandar, Yasmin, Mardhiha dan Basirah selalu berada di sampingnya. Iskandar selalu membuat Maria ketawa. Maria tidak peduli apa yang telah berlaku antara mereka suatu masa dahulu dan yang penting adalah untuk menghargai semua orang yang berada di sampingnya. Komitmennya sebagai seorang pelajar juga tidak dilupakan. Setiap petang Iskandar akan mengajarnya pelajaran yang Maria ketinggalan. Iskandar merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Sangat bertuah kerana Yasmin, Mardhiha dan Basirah tidak mampu mengajarnya. Hanya Iskandar yang Maria harapkan untuk mengajarnya.

            " Okay, sampai sini je. Esok kita start belajar Mathematics pulak," Kata Iskandar seraya bangun dan mengangkat cawan dan teko teh di atas meja di halaman rumah keluarga Albert itu. Mereka baru selesai mengulangkaji Sejarah. Iskandar sudah seminggu berada di rumah agam keluarga itu. Ibu bapanya masih belum selesai urusan kerja mereka.

           " Baiklah. Terima kasih," Balas Maria. Kini Maria tidak lagi risau akan pelajarannya. Mungkin jika difikirkan, Maria tidak mahu belajar lagi. Tetapi bagi Maria, selagi dia masih mempunyai harapan untuk hidup, dia perlu meneruskan tanpa mengenal erti penat. Dia tidak peduli. Ilmu perlu dituntut dunia akhirat.

                                       ************************************************************

            " Mak, Akram ada kat sini mak. Semua ada, kalau mak nak apa-apa, kami ada," Fadzil Akram, abang kepada Puan Kamila berkata penuh kasih sayang kepada emaknya.

            " Akram, mak nak sangat jumpa Kamila. Dah lama Kamila tak balik. Panggil la dia,"  Emak Puan Kamila Batrisya, Norlia berkata lemah. Norlia kini terlantar di atas katil di rumahnya di Pontian, Johor. Dia menghidap penyakit kencing manis yang menyebabkannya lemah tidak bermaya.

             " Kamila sekarang ada di Manchester, melawat adik iparnya, mak. Maria pun sakit. Akram akan maklumkannya, ya," Akram memberitahu ibunya.

                                       ************************************************************

              " Abang, Kamila dapat panggilan dari Malaysia petang tadi," Puan Kamila memberitahu suaminya.

              " Siapa? Akram? Ada apa-apa yang berlaku ke?" Tanya Encik Kamal penuh perasaan ingin tahu.

              " Mak sakit lagi," Perlahan Puan Kamila bersuara. Matanya kelihatan berkaca-kaca. Beberapa saat kemudian air mata sudah jatuh ke ribanya.

              " Ya Allah. Sakit mak datang lagi? Tak boleh jadi ni..," Kata Encik Kamal seraya mengeluarkan telefon bimbitnya. " Abang nak suruh Amir tempah tiket. Kita balik Malaysia malam ni," Sambungnya lagi sambil mendail telefon pemandu keretanya, Amir.

              " Abang, habis tu, Maria macam mana? Dia tak boleh ikut," Puan Kamila bertanya penuh risau. Maria dinasihati doktor supaya tidak terlalu aktif. 

              " Astaghfirullah, abang lupa. Tapi bagaimana? Kalau kita tinggalkannya di sini abang takut dia terasa. Kalau dia terasa nanti dia makin teruk,"  Pening Encik Kamal memikirkannya.

              Puan Kamila menarik nafas panjang dan berkata," Kita tanya dia dulu. If she want to follow, I will meet Doctor Francis now and ask for his advice," Katanya.

                                              *****************************************

               " Mestilah Mar nak ikut, bu. Mar sayang nenek," Maria berkata penuh perasaan. Dia tidak mahu ketinggalan melawat neneknya yang sakit.

               " Yes, I know that. Think twice. Deeply. Your condition now may not appopriate for a long journey. That's a high risk," Lembut Puan Kamila memberitahu.

                Maria tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu mensia-siakan saat hidupnya dengan tidak menikmati setiap saat dengan sebaiknya. Lebih-lebih lagi jika ahli keluarganya sakit. " Mar tak nak sia-siakan hidup Mar. Mar sanggup ambil risiko tidak kira setinggi mana pun risiko tu. Ini pendirian Mar," Maria berkata penuh semangat.

                                               ******************************************

                Malam itu Dato' Zafran, Datin Syifa' dan Iskandar serta kawan-kawan Maria menghantar mereka ke Lapangan Terbang Manchester. Maria sekali lagi berlagak tidak mengalami kesakitan kerana tidak mahu keluarganya melarangnya ikut. Cuaca malam itu yang sedikit buruk menyebabkan Maria berasa lain. Kepalanya terasa amat berat.

               " Mar, awak jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa, Maria missed call. Is tak nak Mar sakit lagi, okay?" Iskandar bersuara. Dia yang sejak tadi duduk di sebelah Maria bagaikan mengetahui apa yang dialami Maria.

               " Is, terima kasih ambil berat pasal saya. Saya hargai sangat. Insya-Allah Mar akan missed call," Balas Mar perlahan.

                " Mar kena janji dengan Is, jaga diri Mar baik-baik. Is sayangkan Mar. Jangan terlalu memikirkan orang lain kalau diri sendiri pun belum sempurna," Panjang lebar Iskandar menasihati.

                 Maria terkedu. Kata-kata Iskandar itu membuatkannya berasa malu. Mereka terdiam sehinggalah masa yang di nanti sudah tiba.

                " Maria Farisha, ingat janji Is. Is nak Mar sampai dekat Malaysia dengan selamat. Janji, okay? Is tak nak kehilangan Mar," Sayu suara Iskandar berbisik ke telinga Maria.

                                            ***************************************

                Perjalanan yang jauh itu dilalui dengan penuh kesengsaraan. Sudah beberapa kali Maria sesak nafas. Kepalanya pula dirasakan bagai hendak pecah. Apabila dia cuba untuk tidur, mimpi ngeri mendatanginya. Dia bermimpi saat-saat kematiaannya. Damia disebelahnya tidur dengan lena dan Maria berasa lega kerana tiada siapa akan risau akannya. 

                Maria teringat akan memorinya bersama-sama keluarganya. Apabila Maria pulang ke rumah, mereka pasti akan membuat kejutan. Lebih-lebih jika hari lahirnya semakin dekat. Pasti ada kejutan. Akan tetapi, adakah hari lahir untuknya tahun depan? Mungkin tiada, mungkin ada. Maria berserah kepada Allah.

               Kapal terbang yang dinaiki keluarga Encik Kamal itu tiba-tiba bergegar kuat. Gegaran itu telah menyebabkan semua penumpang kapal terbang tersebut terjaga dari tidur mereka. Dada Maria kini berdebar-debar. Kepalanya berdenyut perit. Tidak berhenti. Makin lama makin sakit. Penglihatannya semakin samar-samar. Berpinar-pinar. Dadanya makin berdebar tidak keruan.

                                                   ****************************************

                " Abang, apa nak jadi dengan Maria? Dia makin teruk," Puan Kamila menangis teresak-esak melihat anaknya terlantar di hospital. Tidak sangka anaknya akan sakit sampai begitu. Selama ini dilihatnya Maria ceria dan sihat.

                " Abang pun buntu," Kata Encik Kamal, menyesal. Cuaca buruk ketika mereka dalam perjalanan ke Malaysia sebentar tadi tidak disangka menyebabkan Maria menjadi lemah. Kini mereka berada di Bangkok, Thailand kerana berlaku pendaratan kecemasan setelah pegawai kapal terbang tersebut mendapat berita bahawa Maria pengsan dan perlu dibawa ke hospital secepat mungkin.

                  " Abah, I've got a call from Haniff, he said that nenek had passed away a few hours ago," Haikal tercungap-cungap muncul di celah orang ramai.

                  " Astaghfirullahalazim, abang!" Puan Kamila terkejut mendengar berita itu. Dia kelihatan hampir rebah dan sempat disambut oleh Encik Kamal.

                  Damia, Zahira, Fikri yang baru sahaja tiba di situ kelihatan tawar. Mereka buntu kerana dilanda masalah. Maria kini disahkan bahawa barah otaknya sudah mencapai tahap dua. Keluarga Encik Kamal yang dulunya selalu gembira dan menghadapi semua masalah bersama kini tidak lagi. Mereka hanya mampu tercegat di tengah-tengah orang ramai di hospital itu. Ternyata mereka hanya mampu berserah kepada Allah.

                                                    ***********************************************

                    " Ummi, Is nak balik Malaysia juga, keluarga Maria dalam keadaan tertekan. Is baru dapat panggilan dari adik Maria, Fikri. Is tahu apa yang berlaku kat sana. Is dah janji nak bantu mereka," Panjang lebar Iskandar menerangkan kepada ibunya. Kasih sayangnya terhadap Maria amat tinggi. Dia tidak sanggup membiarkan keluarga Maria sebegitu. 

                     " Is, ummi tak larang Is pergi, tapi.. Is kena pastikan Is dapat bantu mereka. Ummi dengan abah tak dapat ikut. Konvensyen tu belum habis lagi," Lembut Datin Syifa' berkata kepada anak tunggalnya itu.

                     " Baiklah, terima kasih ummi," Iskandar berkata sambil memeluk ibunya.

                     Iskandar bertekad untuk membantu keluarga Maria. Situasi yang dialami mereka tidak dijangka. Iskandar merasakan bahawa seperti baharu sahaja dia berbual bersama Maria dan bersalaman bersama ahli keluarga Encik Kamal di Lapangan Terbang Manchester itu.

                                                             * BAB 3 TAMAT *