Semekar Rose Di Taman Bab 2

Maria duduk di balkoni rumah agam keluarga Albert di Manchester, England. Rumah itu terletak di atas bukit dan dilengkapi pemandangan yang memikat hati. Akan tetapi, pemandangan itu tidak sedikit pun menenangkan hatinya. Di kejauhan kedengaran hilai ketawa. Pasti sepupunya sedang rancak berbual bersama yang lain. Nenek, ibu dan abah telah keluar melawat Uncle Zack, adik abah di Darmington Hall Hospital. Sejak mendapat berita tentang penyakit yang dialaminya, Maria ternyata berubah. Dia semakin cengkung. Mukanya pula selalu pucat. Selera makannya juga beransur hilang. Masakan tidak, dia menyesal apabila tidak menjaga dirinya dengan baik. Kedegilannya memakan dirinya sendiri. Sifat Maria yang dulunya ceria juga sudah lenyap.

           Kini, ibu bapanya lebih menumpukan kepada kesihatan Maria. Adik beradiknya juga begitu. Kakaknya, Damia Rose sanggup pulang dari Jepun untuk menjaganya. Abangnya pula, Haikal Rose tidak putus-putus menelefon Maria setip hari untuk mengetahui perkembangan dirinya. Maria berasa dirinya begitu dihargai. Akan tetapi, itu langsung tidak menyuntik kegembiraan ke dalam hatinya. Nyata sikap Maria berubah secara mendadak. Hanya kakaknya, Damia yang begitu memahami kejutan yang dialaminya. Setiap malam apabila Maria diserang sakit kepala, Damia akan mengurut serta sanggup berjaga malam untuknya. Mardhiha telah sedia tahuakan penyakitnya. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Sudah tentu respon mereka menyuntik semangat ke dalam dirinya. Sudah seminggu Maria di Manchester. Kesihatan Maria tidak mengizinkannya untuk pulang ke Malaysia kerana faktor  jarak perjalanan yang jauh. Doktor Francis di Darmington Hall Hospital menasihatinya supaya berehat. Beliau memberi Maria ubat untuk melegakan dirinya sedikit. Tetapi itu tidak melegakan Maria.

                                     ****************************************************

                " Mar, come and join us. We're going to the park down there," Damia, kakaknya menegur. " Lagipun kamu boleh tenangkan diri sikit," Tambah Damia lagi.

                " Mmm, okay. Wait for me downstairs," Maria membalas lembut.

                Setelah beberapa minit, akhirnya Maria turun dengan pakaian yang sesuai. Baju lengan panjang, seluar trek serta tudung sarung menjadi pilihannya. Selesa dan sopan.

                " Mari, Fikri, Haikal dan Ira sudah tunggu di bawah," Damia menegur sambil tersenyum.

                " Haikal? Abang Ngah ada?" Maria terkejut. Setahunya, Abang Ngah di Malaysia.

                " Dia baru sampai pagi tadi, Mar je yang tak perasan," Jelas Damia. Maria tersengih. Tidak sangka dirinya begitu sombong hinggakan tidak mengetahui abang kesayangannya sudah pulang.

                Pertemuan Maria dengan abangnya amat dinanti-nantikan. Sepanjang mereka berjalan-jalan di taman itu, Maria menceritakan segala apa yang terjadi kepada dirinya. Menarik tentang abangnya, Haikal Rose, adalah budi bahasanya yang memikat hati. Ditambah lagi dengan ketampanannya, gadis mana yang tidak cair. Abangnya merupakan seorang pendengar yang baik dan memahami. Dia sentiasa memberi nasihat kepada Maria. Haikal kini berkira-kira untuk melanjutkan pelajarannya ke Switzerland dalam bidang kejuruteraan profesional yang diminatinya. Alangkah sunyi hidup Maria. Fikri, adiknya kini menjadi lebih pendiam sejak peristiwa Maria bertemu Doktor Hariani dahulu. Zahira pula kini sibuk dengan peperiksaannya.

               Maria duduk sendirian di tepi Tasik Seneca itu sambil memerhatikan kakak, abang dan adik-adiknya yang seronok memetik bunga yang berwarna-warni. Sedikit tenang hatinya apabila dapat menjauhkan perasaannya yang selalu tenggelam timbul. Dia masih tidak berupaya untuk melawan penyakitnya. Tambahan lagi penyakitnya itu semakin kuat. Ini menyebabkan Maria selalu lemah. Mujur dengan sokongan moral yang diberikan keluarga dan rakan-rakannya, Maria masih mampu menjalani hidup seperti remaja yang lain.

              " Kak Mar, tengok apa tu?" Adiknya, Fikri menegur.

              " Oh, Fikri. Takda apalah. Kakak rindu kawan-kawan Kak Mar kat Malaysia tu. Dah seminggu tak jumpa," Maria lembut menjawab.

              " Hmm, ingatkan termenung rindukan Iskandar," Gurau Fikri sambil ketawa kecil.

              " Eh, orang fikir benda lain dia ke situ pulak," Maria merajuk. Akan tetapi, fikiran Maria teringat pada Iskandar. Apalah yang mereka buat, ya. Ketiadaannya mungkin tidak dihiraukan mereka. " Ahh, Maria. Jangan fikir bukan-bukan. Mereka kawan yang baik," Hati Maria bersuara.

              Maria dan Fikri berbual hingga Haikal menegur, " Hey, come on. I think ibu and abah are on the way back. Let's go back to the mansion,".

              Tiba-tiba Maria terasa kepalanya bagai dicengkam. Perit. Maria cuba kuatkan dirinya dan berlagak tidak ada apa-apa yang berlaku. " Kak Mar okay ke?" Fikri bertanya lembut. Belum sempat Maria menjawab, dia sudah rebah kerana tidak mampu menahan rasa sakit yang amat perit.

                                  ***************************************************

               " She needs more rest. I think she needs a friend to cheer her up. She looks very lonely," Suara Doktor Francis kedengaran samar di sebelah kiri Maria. Maria mencuba untuk membuka matanya. Silau. Lampu yang terang itu membuatkan matanya sakit.

               " Sayang, kamu berehat, okay?" Kata Puan Kamila sambil mengusap kepala Maria penuh kasih sayang. Puan Kamila terkejut setelah mendapat panggilan telefon daripada Haikal mengenai Maria pengsan di tepi Tasik Seneca. Kata Haikal, Maria kelihatan ceria tetapi ketika mereka hendak pulang ke rumah agam, Maria tiba-tiba rebah tidak sedar diri.

               " We're here. Don't worry," Suara ayahnya kedengaran. " Kamila, doktor mahu berjumpa di biliknya, saya dah minta Haikal untuk menjaganya," Sambungnya lagi.

               " Mar, I'll come back, okay. I love you," Puan Kamila berkata seraya mengucup dahi Maria.

               Maria terkedu. Apa yang berlaku tadi tidak dapat diingatnya dengan jelas. Kepalanya masih berdenyut-denyut perit. Maria cuba untuk bangun kerana tidak selesa berbaring. Haikal yang baru sahaja masuk ke bilik itu menghalang. Dia menyuruh Maria baring sambil membetulkan katil Maria.

               " Maria, lain kali kalau Mar rasa lain macam tu, bagitau Abang Ngah, okay? Semua orang sayang Mar. Mar kena beritahu kalau ada yang tak kena. Okay?" Lembut Haikal menasihati Maria. Dia begitu risau lebih-lebih lagi Maria semakin berubah. Sifat Maria yang dulunya ceria kini hilang.

               " Abang Ngah, Mar rindu kawan-kawan Mar. Mar rasa sunyi sangat. Mar tak boleh duduk sorang-sorang nanti Mar rasa serba salah. Mar nak diorang ada di sisi Mar," Perlahan Maria memberitahu abangnya.

               Maria akui bahawa dia sangat tertekan. Apabila dia sendirian dia akan mula berfikir bahawa dia yang telah menyebabkan keluarganya susah. " Mar, istighfar banyak-banyak. Jangan fikir macam-macam. Lagi Mar fikir, nanti Mar lagi sakit. Kalau Mar rindu kawan Mar, nanti abang tolong usahakan, okay?" Haikal berkata penuh kasih sayang.

              Pintu terbuka. Fikri dan Zahira masuk sambil membawa bunga dan buah-buahan. Mereka tersenyum melihat Maria sudah sedar di atas katil. " Kak Mar okay?" Ceria Zahira menegur. Bunga yang dibawanya itu diletakkan di meja bersebelahan katil Maria.

             " Kak, kami bawa buah ni. Sedap..!" Fikri menghampiri Maria sambil menunjukkan buah-buahan yang dibawanya.

             Hati Maria sedikit tenang melihat wajah adik-adiknya riang. Beberapa minit kemudian Encik Kamal, Puan Kamila dan kakak Maria, Damia Elena masuk ke bilik yang menempatkan Maria itu. Entah kenapa wajah mereka bersinar-sinar.

             " Mar sayang, kamu rindu kawan kamu kan? Nak tak kalau ibu bawa mereka ke sini?" Puan Kamila berkata sambil menghampiri Maria. " Ibu tahu kamu sunyi. Ibu baru telefon Yasmin tadi. Yasmin kata Insya-Allah dia boleh kerana minggu depan dah cuti," Sambung ibu panjang.

              Maria gembira lalu menjawab," Ibu, thanks. Mar memang memerlukan sokongan dari kawan-kawan Mar. Tapi, kenapa kita tak balik Malaysia?"

              " Mar, your health condition now is not good for a long journey. You have to take more rest. That's why we ask your friends to come here. I support the ticket," Encik Kamal mencelah sambil mengusap kepala Maria.

              " Oh, they will stay with us at the mansion?" Tanya Haikal.

              " Yes, of course. Mar, Dato' Zafran called me just now. He knows that you're sick. And he said that he will come here. He brings his son, Iskandar too. You know Iskandar, right?" Panjang Encik Kamal menerangkan.

              " Iskandar? Abah, you know his dad? Err, he is my schoolmate," Maria menjawab perlahan penuh tanda tanya.

              " Yes. Dato' Zafran is my bestfriend since we were small,"  Encik Kamal menambah.

                                **********************************************************

              " Mariaa!" Yasmin menjerit seraya keluar dari pintu kereta hitam milik keluarga Albert itu. Maria yang kini sudah pulang ke rumah agam tersebut tampak ceria menunggu kawan-kawannya tiba dari Lapangan Terbang Manchester. Mereka saling berpelukan erat kerana sudah seminggu tidak berjumpa.

              " Mariaa, kitorang rindukan kau," Ujar Mardhiha yang turut sama berpelukan diikuti dengan Basirah.

              Sebuah kereta berwarna biru kelihatan muncul dari pintu pagar rumah agam Albert itu lalu berhenti dihadapan tangga. Seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iskandar, muncul dari pintu belakang kereta tersebut. Maria terkedu. Jejaka yang selama ini dibencinya berada di depan matanya. Akan tetapi perasaan benci itu seakan hilang seolah-olah peristiwa-peristiwa yang berlaku di asrama antara mereka lenyap.

             " Assalamualaikum, abah ada, Maria?" Suara Dato' Zafran menyentap lamunan Maria.

             " Waalaikumussalam, abah ada di dalam," Maria membalas sopan lalu bersalam dengan isteri Dato' Zafran, Datin Syifa' dan membawa mereka masuk ke dalam rumah. Maria sengaja membiarkan Iskandar di belakang kerana malu.

             Sepanjang petang itu mereka berbual di taman di halaman rumah agam keluarga Albert itu. Suasana ceria mnyelubungi tanpa dicalit kesedihan. Kerana setiap seorang mereka tahu bahawa Maria kini berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan perhatian.

             " Maria, awak marah saya ke?" Tegur Iskandar ketika Maria sedang duduk sendirian di tepi kolam yang dipenuhi ikan yang berwarna-warni.

             " Err, Is. Mmm, taklah," Maria membalas gagap. Hatinya berdebar-debar. Entah kenapa. Sejak tadi Maria cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya tetapi kini dia tidak dapat untuk melepaskan dirinya. Mahu pergi takut dikatakan kurang ajar.

             " Mar kena jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa, bagitau je Is. Is akan tumpang kat rumah ni sebab parents Is ada mesyuarat 3-4 hari ni," Is bersuara. Maria hanya mampu mengangguk kerana lidahnya kelu. Iskandar kemudiannya bangun lalu menuju ke dalam rumah setelah mendengar namanya dipanggil.

              Riang hati Maria setelah peristiwa itu. Tidak sangka jejaka yang begitu dibencinya itu mengambil berat mengenainya. Kini Maria menyesal atas apa yang telah dilakukannya kepada Iskandar lalu berazam untuk berkawan kembali dengannya.

                                                          * BAB DUA TAMAT *