" Bila nak habis prep ni," Getus hati Maria. Dia mengerling jamnya yang menunjukkan pukul 10.10 malam. Aduh. Jam D&G nya itu bagai disihir menjadi lambat. Yasmin di sebelahnya sudah beberapa kali mengeluh perlahan. Mardhiha pula sudah beberapa kali menguap. Berair matanya.
Maria memandang sekeliling. Majoriti rakan-rakan sekelasnya tekun mengulangkaji kerana esok adalah hari peperiksaan. Pelajar lelaki pula kelihatan bosan kecuali seorang, Abang Zariff yang kelihatan serius mengulangkaji sambil melayan pelajar tingkatan satu yang prep bersamanya.
Maria terhenti sejenak. Dia teringat akan komitmennya untuk menelefon ibunya empat kali seminggu. " Sekali pun belum, kena marah lagi la," Maria mengomel sendirian. Ibunya memberi peringatan kepadanya supaya menelefon empat kali seminggu. Sejak berjumpa doktor bulan lalu, ibu selalu risau akan kesihatannya. Maria tertanya-tanya apa yang Doktor Hariani beritahu ibunya yang menyebabkan ibunya risau sebegitu cara. " Apa-apalah," Hatinya bersuara. Pelajar tingkatan satu di meja sebelah semakin rancak berbicara tanpa menghiraukan pelajar lain yang sedang tekun belajar.
" Hoi, diamlah! Tau la tak exam esok, hormatlah sikit orang lain!" Pekik Maria baran. Panas hatinya. Mardhiha dan Yasmin terkejut.
" Diorang tu memang tak reti nak hormat, lagi-lagi kita ni, macam bawah tapak kaki," Yasmin berleter. Yalah, siapa yang tidak meradang apabila pelajar lain tidak menghormati mereka. Lebih-lebih lagi junior.
" Apalah nak jadi asrama ni tahun hadapan," Mardhiha menyampuk.
Loceng berirama memenuhi ruang udara dewan makan Asrama Kompleks Bukit Bintang menandakan waktu prep tamat dan bermulanya waktu minum malam. " Mari makan," Yasmin menegur Maria, mengajaknya untuk minum malam.
" Makan apa? Minum Milo ke?" Maria bertanya.
Basirah pula menyampuk, " Harini ban kacang dengan air soya,".
" Nak tak?" Yasmin bertanya. " Mmm, aku ambilkanlah, okay?" Sambungnya.
" Okay," Maria membalas pendek.
Usai mengalas perut, mereka melangkah ke pintu pagar aspuri. Tiba-tiba, " Eh, koop bukaklah!!" Kata Yasmin separuh menjerit. Dia berlari-lari anak ke koperasi asrama di sebelah ruang rehat perdana aspuri.
" Ramai betul, tak sanggup aku tengok. Sesak, tak panas ke? Maria membebel kepada Mardhiha di sebelahnya. Melihatkan koperasi yang sesak itu, siapalah yang sanggup untuk menyesakkan perut koperasi tersebut? Mungkin ada, tahu-tahu sajalah.
" Kalau perut tu saiz tong, sesiapa pun muat dalam tu," Basirah mencelah. Ketawa Maria, basirah dan Mardhiha menambahkan lagi tahap kebisingan di ruang rehat itu. Akhirnya, Yasmin keluar bersama beg plastik berisi makanan. Mereka menaiki tangga menujuke dorm masing-masing.
************************************
" Sudahlah, dia ada peperiksaan, tentulah dia sibuk dengan buku. Kemudian nanti dia telefonlah tu," Encik Kamal merungut.
" Darl, you know that she have to call us four times a week. But she didn't call at all. I want to know if she is good or..." Puan Kamila terduduk. Mengeluh. Teringatkan anaknya yang jauh di Cheras manakala mereka di Putrajaya. Dia bimbang akan kesihatan anaknya.
" Kamila Batrisya, you know she is a good girl, right? Don't think negatively. She knows how to take care of herself," Encik Kamal akhirnya memujuk.
*************************************
" Maria Farisha Rose Binti Kamal Rose Abdullah," Lamunan anak gadis sunti Encik Kamal Rose Abdullah dan Puan Kamila Batrisya terhenti apabila Miss Darina memecahkan gegendang telinganya.
" Ya, Miss," Maria memberi respon akan panggilan guru kelasnya itu. Dia lekas bangun dan ke meja gurunya itu.
" Kamu lahir di England, kan? Di mana?" Miss Darina bertanya.
" Manchester, Darmington Hall Hospital," Balas Maria.
" Terima kasih, kamu boleh duduk. Eh, sebentar, ibu kamu orang sini kan?" Ujar Miss Darina lembut.
" Ya, ibu asal Pontian, Johor. Ibu sambung belajar ke Birmingham dan disitulah ibu jumpa abah," jelas Maria panjang.
" Oh, begitu. Saya suka tengok mata kamu, hijau. Cantik," Puji Miss Darina.
" Err, terima kasih Miss," Merah muka Maria menahan rasa gembira dipuji.
Tidak dinafikan, Maria seorang gadis yang cantik. Hasil perkahwinan ibu bapanya Maria berdarah campuran British-Melayu. Faktor tersebut menambahkan lagi kecantikannya. Berkulit putih, bermata hijau serta bibirnya bak delima merekah. Tidak hairanlah Iskandar selalu mengacaunya. Iskandar, seorang rakan lelaki seasramanya yang bersekolah di SMK Seri Bintang Selatan. Dia seorang pelajar tingkatan tiga yang dikenalinya sejak Maria mula-mula masuk ke SMK Seri Bintang Utara. Maria mula-mula masuk ke situ sejak tahun 2010. Kini Maria berada di tingkatan dua. Unik mengenai asrama yang didudukinya adalah pelajarnya yang terdiri daripada dua buah sekolah.
" Baiklah, semua pelajar sila berhenti menulis," Suara Miss Darina memecahkan suasana kelas 2 Mithali itu. Maria mengemas barang-barangnya selesai kertas Bahasa Arab sebentar tadi.
" Mariaaa! Senangkan? Tak sangka Ustaz Ghazali bagi soalan senang," Riang Yasmin menyapa Maria.
" Ya tak ya, kan. Soalan petikan tadi tak mencabar langsung," Maria membalas, lemah. Entah kenapa badannya selalu terasa lemah. Sakit kepala juga menyerang tanpa belas kasihan.
" Kenapa ni? Sakit kepala lagi?" Mardhiha menerpa lembut. Maria mengangguk perlahan.
" Marilah pergi makan tengah hari, lepas tu balik dorm kau rehat, okay?" Yasmin memberitahu.
" Mari!" Basirah menarik Yasmin, Maria dan Mardhiha keluar kelas menuju ke tangga, menutur langkah ke dewan makan asrama.
***************************************
" Abang, saya nak ambil Maria balik Rabu ni," Puan Kamila bersuara perlahan kepada Encik Kamal.
" Kenapa?" Balas Encik Kamal.
" Appointment hospitalnya, pada 16 haribulan, hari Khamis," Puan Kamila menerangkan kepada suaminya.
" Oh, I will follow you. My meeting with Sabri will be held just nearby her school," Encik Kamal menjawab lantas mengangguk perlahan.
" Oh, thank you darl," Riang Puan Kamila menyambut jawapan suaminya.
" Kak Mar balik lusa?" Zahira Rose, adik perempuan Maria tiba-tiba menerpa sambil menggosok matanya.
" Hai sayang. Assalamualaikum. Lena tidur?" Sapa Puan Kamila penuh kasih sayang melihat anak bongsunya sudah bangun.
" Waalaikumussalam, ibu. Hmm, mestilah lena kan. Sampai mimpi Kak Mar," Balas Zahira perlahan sambil mencium bau sarapan di atas meja.
" Sayang, don't worry. She'll be home this Wednesday. I'm sure she miss you a lot," Encik Kamal mencelah.
" Oh yeahh? Really? Wahh, I miss her so much!" Balas Zahira menjerit.
***************************************************
Maria mendail nombor ibunya pada punat telefon awam di Dataran As-Siddiq. " Assalamualaikum, ibu," Maria memulakan bicara, lembut.
" Waalaikumussalam, sayang. Apa khabar?" Balas Puan Kamila di hujung talian.
" Baik, bu. Mar baik kat sini," Maria membalas.
" Rabu ni kamu balik, ya? Ibu tengok kad hospital kamu ada appointment 16 haribulan," Balas ibu panjang.
" Oh, ya. Nasib baik Khamis takda exam," Maria menjawab gembira. Dia berasa amat rindu akan kieluarganya. Sudah sebulan dia tidak balik ke istana hatinya di Putrajaya. Tiba-tiba dia teringat akan adiknya, Fikri Rose. Fikri adalah seorang budak yang pandai. Dia telah menetap di Manchester bersama nenek selama 11 tahun. Sebulan sekali dia akan pulang ke Malaysia. Hasil jagaan nenek, dia menjadi seorang yang berbudi bahasa dan bersopan-santun. Sekarang Fikri bersekolah di STAR, Ipoh. Menjadi seorang pelajar Malaysia mungkin kelihatan baru untuknya. Tetapi, dia mengharunginya dengan mudah. Dia mempunyai ramai kawan. Hati Maria tertanya-tanya, adakah Fikri akan pulang minggu ini. Faktor jarak antara rumah dan sekolah Fikri menyebabkannya jarang pulang ke rumah. " Err, ibu. Fikri balik ke minggu ni?" Maria bertanya.
" Yes, he called me just before you call. He said that he will be a bit late because he had to finish his project," Panjang ibu membalas.
" Oh, okay. Ibu, tomorrow will be my final paper. Please pray for me," Maria berkata.
" Yes darling. Abah and me always pray the best for you," Lembut Puan Kamila menjawab.
" Thanks ibu. Okay, I've got things to do. Assalamualaikum," Maria menutur bicara menutup panggilan telefon antara mereka.
" Waalaikumussalam, sayang," Ibu membalas.
Maria tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat melepaskan rindu kepada keluarganya di rumah. Sudah sebulan Maria di asrama kerana dia sibuk dengan Karnival Anugerah Seri Asrama Terbilang yang merupakan pertandingan antara asrama di Kuala Lumpur. Maria mengambil bahagian dalam pertandingan bahas. Peperiksaan akhir tahun pula sudah bermula selepas habisnya karnival tersebut. Kini, bebannya semakin berkurangan kerana tinggal hanya lagi beberapa kertas untuk dijawab.
*************************************************
" Bye. Jaga diri baik-baik," Ujar Maria. Hari ini Maria akan pulang ke rumah. Seperti yang dijanjikan, Puan Kamila datang untuk mengambilnya pulang. Kata ibu, minggu ini mereka akan ke Manchester untuk melawat adik ayahnya yang sakit. Jadi, dua beg besar serta beberapa beg kecil dimuatkan ke dalam perut kereta sebagai persediaan. " Mungkin Maria balik lambat sikit. Ibu kata adik abah sakit. Kalau ada apa-apa, email. Okay?" Maria memberitahu rakan-rakannya yang menghantarnya ke kereta.
Yasmin, Mardhiha dan Basirah serentak membalas, " Baiklah,".
" Assalamualaikum," Maria menutur bicara sambil masuk ke dalam kereta Alfa Romeo 591 milik ayahnya.
" Waalaikumussalam," Tutur rakan-rakannya. Laju kereta merah itu meninggalkan bangunan asrama yang berdiri megah ke belakang. Di dalam kereta, Maria menceritakan perihal peperiksaaannya. Ibunya pula memberikan respon dan sentiasa tersenyum melayan Maria.
" Ibu, where's abah?" Maria bertanya.
" His meeting with Uncle Sabri hasn't finish yet, they just got a big project from the government," Ujar ibu panjang.
" Oh, begitu," Kata Maria perlahan.
Tibanya di rumah, Maria tidak dapat menahan rasa seronoknya. Terkejut melihat perubahan yang berlaku di rumahnya yang kini sudah lain daripada kali terakhir dilihatnya, Maria terus meluru tanpa mengangkat barang-barangnya. " Zahira!!" Jerit Maria dari pintu pagar rumahnya.
" Kak Mar! You're back!" Maria menjerit dari dapur. Mereka berpelukan erat. Kak Zana, pembantu rumah mereka muncul dari pintu dapur. Puan Kamila tersenyum lebar melihat Zahira dan Maria berpelukan.
" Lama Mar tak balik," Kak Zana bersuara sambil tersenyum manis.
" Ya, kak. Baru habis peperiksaan," Balas Maria lembut. Maria dan Kak Zana saling bersalaman dan berpelukan.
******************************************************
Keesokan harinya Maria dan Puan Kamila menaiki kereta menuju ke Hospital Presint 9, Putrajaya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Doktor Hariani tersenyum sejurus Maria dan Puan Kamila melangkah masuk ke dalam biliknya.
" Hai, kamu sihat," Sapa Doktor Hariani penuh keibuan.
" Sihat, Alhamdulillah," Balas Maria, sopan. Jururawat di sebelah Doktor Hariani tersenyum lalu menyuruh Maria duduk di samping doktor. Jururawat itu memasang mesin mengesan tekanan darah ke tangan Maria.
Doktor Hariani menggeleng sambil berkata," Maria, tekanan darah awak rendah. Awak tak jaga ke pemakanan awak?". Ibu Maria disebelahnya menggeleng perlahan. Kedegilan anaknya itu memakan dirinya sendiri.
Maria hanya terdiam. Memang, selama ini dia selalu tidak makan tengah hari. Kadang-kadang satu hari dia tidak menjamah nasi. " Awak perlu jaga pemakanan awak. Sudah beberapa kali saya ingatkan. Ibu awak juga sudah tentu mengingatkan kamu juga," Panjang lebar Doktor Hariani menasihati. " Awak tahu tak apa yang awak alami akibat kedegilan awak ini?" Maria tertunduk.
Ibu mencelah, " Err, doktor. Kami masih belum memberitahunya," Serba salah Puan Kamila berterus-terang.
" Beritahu apa?" Maria berkata ingin tahu.
" Hmm, Mengapa puan tidak beritahu?" Doktor itu bertanya penuh kesangsian.
" Kami belum bersedia. Tapi doktor, mungkin inilah masa yang sesuai untuk beritahu," Jelas Puan Kamila, gagap.
" Baiklah," Ujar doktor. " Maria Rose, kami mendapati awak menghidap penyakit barah otak tahap satu," Perlahan Doktor Hariani menjelaskan supaya Maria tidak terlalu terkejut.
Dunia ini bagaikan berputar. Maria merasakan dia keseorangan, tiada siapa disisi. Hatinya luruh. Jantungnya bagai dicabut oleh kata-kata Doktor Hariani. " Ya Allah, apakah ini ujian-Mu untukku. bantulah hamba-Mu yang kerdil ini. Kuatkanlah hati hamba menerima berita yang meragut kegembiraanku ini," Hati Maria berdoa sambil menangis.
Puan Kamila menghampiri Maria dan memeluknya erat. Puan Kamila berbisik perlahan ke telinga Maria, " Mar, sabar ya. We all here to support you. You have to be strong," Pelukan anak-beranak itu bertambah erat.
*BAB SATU TAMAT*