Semekar Rose Di Taman Bab 4

              Iskandar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi itu dengan penuh azam. Azamnya untuk membantu keluarga Maria yang dulunya harmoni dan aman sejahtera kini dilanda masalah. Dia pergi untuk bersarapan di McDonald dan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas ke Pontian, Johor.

             “ Hello, Assalamualaikum, Ummi. Ni Is. Is dah selamat sampai kat airport ni. Lepas ni nak amik bas nak pergi Johor,” Lembut Iskandar memulakan bicaranya dengan Datin Syifa’ di hujung talian.

             “ Waalaikumussalam .Alhamdulillah, selamat anak mak sampai. Pergi Johor tu hati-hati. Sebelum ni Is tak pernah naik bas kan. Kalau ada apa-apa, call je Ummi. Ummi sedia membantu,” Datin Syifa’ menyambut panggilan anaknya dengan lembut. Kasih sayang terhadap anak tunggalnya itu amat tinggi lebih-lebih lagi jika berjauhan.

              “ Ye ummi. Kalau ada something nanti Is call. Tolong doakan Is, ya,” Bicara Iskandar. Dia kini berasa amat risau. Sebelum ini dia tidak pernah menaiki bas untuk perjalanan yang jauh. Sebelum ini dia hanya menaiki kapal terbang atau kereta yang dipandu oleh Abang Amir.

                                    ***************************************

             “ Dhiha, Irah, korang pun kena pergi jugak ke? Habis tu Maria macam mana?” Tanya Yasmin seraya mendapat tahu kawannya itu juga terpaksa meninggalkan Maria kerana urusan keluarga. Yasmin terpaksa pulang ke rumahnya kerana ibunya sedang sakit. Ayahnya pula sekarang berada di luar negeri dan hanya akan kembali pada bulan hadapan.

              “ Yas, aku terpaksa. Abang Reza konvo Ahad ni. Lagipun kalau dekat mungkin Dhiha boleh tak pergi, tapi ni dekat Jakarta. Lagipun ni konvo yang besar. Dia baru selesai ambil Master,” Mardhiha berkata kerisauan.

             “ Irah pun tak boleh. Ibu suruh ikut balik kampung jugak. Irah dah cakap dah nak teman Maria lama lagi tapi ibu tetap tak bagi. Irah taknak jadi anak derhaka,” Basirah berkata sambil tunduk. Memang ibunya seorang yang tegas. Basirah tidak sampai hati hendak melawan kerana takut menderhaka.

             “ Kalau macam tu, nanti aku call Iskandar. Mungkin dia boleh balik sini teman Maria. Aku takut sakit dia makin teruk. Haritu kat dalam kapal terbang pun dia boleh sakit teruk. Sekarang barah otak dia dah tahap dua,” Yasmin berkata penuh kerisauan.

                               ************************************************

            Malam itu Maria menanggung kesakitan yang amat. Kepalanya amat sakit sehinggakan dia berasa hendak pitam tetapi dikuatkan dirinya untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini. Doktor berpesan supaya makan ubat jika terasa sakit. Akan tetapi ubat tersebut terletak jauh di atas meja di tengah-tengah ruang biliknya.

            Berusaha Maria untuk bangun mencapai ubatnya di atas meja. Sedikit pergerakan amat menyiksanya. Tetapi tidak ada cara lain melainkan berusaha daripada dia menahan kesakitan yang tidak terperi itu.

            “ Mar, ni Haikal telefon..” Belum sempat Damia menyambung ayatnya, telefon bimbitnya sudah terlepas dari tangannya kerana terkejut melihat Maria yang sudah terbaring di atas lantai tidak menyedarkan diri.

             “ Ibuu, Abahh! Mar pengsan lagi!” Damia menjerit menyebabkan Puan Kamila dan Encik Kamal yang sedang berehat di ruang tamu terkejut.

             “ Ya Allah, Maria. Apa nak jadi ni? Dia tak makan ubat ke” Encik Kamal bersuara kerisauan. Dia lantas mengangkat Maria ke atas katilnya kembali. Baju Maria basah kerana berpeluh sedangkan penghawa dingin terpasang.

                                             ************************************

              Pagi itu Maria tersedar dia sudah terbaring di atas katil di hospital. Kepalanya masih terasa berat. Pintu diketuk dan abangnya, Haikal masuk. Di tangannya ada sejambak bunga ros berwarna biru yang mekar indah.

             “ Mar, are you okay? I just reach KL this morning. I’m shocked when I called Damia last night she said that you fainted. Are you okay?” Kata abangnya kerisauan.

             “ Oh, kenapa abang balik lambat? Pengebumian dah settle kan?” Balas Maria lemah.

             “ Dah. Tapi semalam pihak universiti abang call, nak settlekan pasal permohonan abang nak pergi Switzerland,” Jelas abangnya.

                    Maria mengeluh panjang. Dia kini terasa semakin tertekan. Malam tadi dia hanya teringat bahawa rakan-rakannya terpaksa meninggalkannya kerana urusan keluarga. Jadi, kini dia tinggal keseorangan. Iskandar pula masih lagi berada di Manchester.

                                         **************************************

Fikri dan Zahirah duduk di ruang tamu rumah mereka sambil memikirkan masalah yang di alami mereka sekeluarga. Suasana harmoni keluarga mereka kini hilang. Rumah mereka bagai dilanda rebut taufan yang mencabut kegembiraan mereka semua.
“ Ira takut la Abang Chik. Kak Mar sakit, ibu dengan abah pulak dah kurang bercakap. Bulan depan pulak Angah nak pergi Switzerland. Kak Long dah kena balik Jepun. Kawan-kawan Kak Mar pun takda,” Zahira berkata penuh kerisauan.
           “ Wait, haritu Fikri call Abang Is, he said he wants to come here. But I’m not sure when. Let me call him,” Tiba-tiba Fikri teringat akan perbualannya bersama Iskandar ketika di Bangkok.
 
           Belum sempat Fikri mendail nombor Iskandar, pintu rumah mereka diketuk beberapa kali. Kemudian suara seseorang terdengar di luar. Lantas Fikri membuka pintu untuk melihat. Alangkah terkejutnya apabila Iskandar mucul di depan pintu.

      “ Assalamualaikum, Fikri. Apa khabar?” Sapa Iskandar kepenatan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pontian, Johor yang mengambil masa 6 jam meragut tenaganya.

     “ Waalaikumussalam, Abang Is. Baru nak call. Masuklah. Abang nampak sangat penat” Pelawa Fikri seraya menolong Iskandar mengangkat barang.

     “ Abang Is apa khabar?” Sapa Zahirah sambil membawa segelas minuman.

   “ Alhamdulillah, sihat. Err, Maria masih di hospital?” Kata Iskandar selepas menghabiskan airnya.

   “A’ah. Dia masih lemah. Doktor pun suruh Kak Mar berehat dulu” Balas Zahirah perlahan. Matanya sembap kerana menangis siang dan malam.
  
  “Dah masuk Asar kan? Boleh abang tumpang solat?” Sopan Iskandar bertanya. Dia tidak mahu terlepas menunaikan kewajipannya. Pesanan Datin Syifa’ terngiang-ngiang dalam kepalanya.

                   *********************************************************

       Usai menunaikan solat Iskandar tidak putus-putus mendoakan kesihatan Maria. Iskandar begitu risau kerana tahun hadapan Maria akan menghadapi PMR. Iskandar tidak mahu penyakit Maria berlarutan sehingga dia tidak mampu menjawab peperiksaan.

      Iskandar keluar dari bilik solat itu dan memandang sekeliling. Rumah kampung milik arwah nenek Maria itu masih dikekalkan keasliannya walaupun sudah diubahsuai. Encik Kamal dan Puan Batrisya sentiasa mengambil berat akan kehidupan sanak saudara mereka di kampung.  Kehidupan mereka yang dilimpahi kemewahan tidak diambil kira sebagai status. Mereka sentiasa bersedekah.
  
        Sedang Iskandar melayan perasaan, terdengar suara riuh – rendah di halaman. Iskandar menjenguk ke tingkap. Seorang pemuda yang tinggi lampai disambut oleh Zahirah dan Fikri. Muncul pula Haikal dari kereta dan ketiga-tige beradik tersebut berpelukan erat. Sudah pasti dibenak fikiran mereka tidak putus-putus risau mengenai kesihatan Maria. Maria, gadis yang sememangnya sudah diminati Iskandar sejak kali pertama berjumpa. Rasa sebak mula menguasai dirinya. Terbit pula rasa cemburu di hati Iskandar. Dia tidak mempunyai adik-beradik. Iskandar adalah anak tunggal keluarganya. Hanya Datin Syifa’ sahaja yang selalu menemani.

        Iskandar yang termenung di birai tingkap disapa oleh Fadzil Akram, adik kepada Puan Batrisya. Iskandar terkejut lalu lantas menyeka air matanya yang berjuraian tanpa disedari. Alangkah malunya Iskandar waktu itu.

        “Kamu Is kan? Pakcik Fadzil Akram, pakcik kepada Maria. Panggil Uncle Akram je. Kamu sihat tak? Nampak pucat muka ni,” Uncle Akram menegur setelah menyedari Iskandar terkejut. Mungkin Iskandar belum mengenalinya.

         “Errr, ye Uncle. Saya sihat. Cuma penat, tadi baru sampai dari KL,” Perlahan Iskandar menerangkan. Rasa tenang kini menyelubunginya. Menggantikan rasa sebak yang menguasainya sebentar tadi.

     “Abang Is, tadi telefon Abang Is berbunyi. Fikri angkat, tapi tiada sesiapa yang menjawab,” Fikri yang muncul dari ruang tamu tiba-tiba menegur. Reaksi mukanya terkejut melihat muka Iskandar seperti baru lepas menangis.

      Iskandar lantas mendapatkan telefon bimbitnya di ruang tamu itu. “5 missed call,” kata Iskandar perlahan. Perasaan kecewa muncul. Nombor yang tertera tidak diketahui. Lantas Iskandar berpaling untuk mencari Fikri. Ternyata Fikri berada di belakangnya. “Fikri, tau tak ni nombor siapa?” Iskandar lantas bertanya.

       Fikri menghampiri Iskandar setelah menyedari Iskandar ingin bertanya sesuatu. Dilihatnya nombor yang tertera dan mengenalinya. “Ni nombor ibu. Eh, kenapa ibu call Abang Is?” Fikri tertanya-tanya. Beberapa minit kemudian telefon rumah disitu berbunyi. Sepantas kilat Fikri mencapai gagang telefon lalu memberi salam.

      Beberapa minit kemudian gagang telefon itu diletakkan kembali ke tempat asalnya dan Fikri bersuara,” Ibu kata Kak Mar dah sedar. Ibu kata kalau nak melawat kena datang cepat,”.
          Kereta Saga FL yang dibawa Uncle Akram laju merentasi jalan raya. Setiap seorang di dalam kereta tersebut berdebar-debar menanti untuk sampai ke Columbia Asia Hospital yang terletak di pekan. Ternyata perjalanan itu bagaikan membuatkan mereka resah gelisah. Gelisah bercampur gembira. Gembira kerana mengetahui Maria Farisha yang disayangi mereka sudah sedar setelah pengsan.