Semekar Rose Di Taman Bab 5


Pintu bilik diketuk perlahan kemudian dibuka. Muncul Fikri diikuti Zahirah, Akram dan akhirnya Iskandar. Maria yang sedang leka berbual dengan Puan Kamila terus beralih pandangan kepada mereka. Alangkah terkejut dengan kehadiran Iskandar.
“Ma, macam mana Is ada kat sini?” Bisik Maria ke telinga ibunya.
“Is baru sampai pagi tadi. Fikri yang bagitau,” Lembut Puan Kamila membalas.
Maria tidak memberi respon akan jawapan Puan Kamila itu. Matanya tertancap akan susuk tubuh seorang lelaki tinggi lampai, mukanya bujur dan sedikit cengkung. Sinar matanya jelas keletihan. Baju yang dipakainya sudah serabut. Rambutnya yang selalu dipacakkan sedikit kini penyek. Akan tetapi bukan itu yang Maria tumpukan. Dia memandang Iskandar dengan pandangan penuh pengertian.

“Err, Ira rasa nak pergi toilet jap. Jom Abang Chik teman Ira keluar,” Petah Ira sebaik mengerti pandangan Maria kepada Iskandar.
Fikri mengangguk mengerti lalu mengikut langkah adiknya keluar dari bilik yang menempatkan Maria.

Puan Kamila dan Encik Kamal seakan mengerti lalu mengikut jejak anak-anaknya keluar dari bilik tersebut tanpa dipinta. Mereka faham akan situasi Maria dan Iskandar.

Iskandar mula melangkah ke depan setelah mereka tinggal bersendirian. Besyukur tidak terkira melihat Maria kelihatan sihat.
“Maria okay? I came here for you. Seems like you need some help,” Bicara Iskandar memulakan perbualan. Dia tidak mahu senyuman yang terukir di bibir Maria hilang. Itulah yang menjadi pengubat kesedihannya.
“Alhamdulillah, Maria sihat. Macam mana Is balik sini? Sorang je? Tak takut?” Bertalu pertanyaan keluar dari bibir mungil Maria. Segala persoalan yang terbenam di fikirannya dikeluarkan.

“Is okay je Mar. Yang penting sebenarnya Maria yang okay ke tak?” Sindir Iskandar sambil tersenyum sumbing. Terharu dengan sifat ambil berat Maria.

Kata-kata Iskandar menyentuh hati Maria. Kemuadian raut wajah risaunya berunsur hilang setelah disindir. Senyuman mula terbit. Mereka berbual panjang sehingga hampir Maghrib. Kemudian Is berunsur balik setelah dipaksa beberapa kali kerana berkeras mahu menjaga Maria. Akhirnya Iskandar mengalah setelah menyedari dirinya memang penat setelah melalui perjalanan yang panjang dari England ke Malaysia.

Maria terpaksa tinggal di hospital selama seminggu. Selama seminggu itulah Maria dijaga baik oleh Iskandar. Maria beransur pulih dan kelihatan ceria kembali. Mardhiha dan Yasmin juga sudah muncul sebaik urusan mereka selesai. Basirah pula masih di Kelantan.
“Mar, Is nak Mar tahu yang Is suka dekat Mar. Dah lama dah. Sejak first time Is kacau Mar kat asrama. Tapi Is terlalu ego nak cakap sebab Mar ramai sangat secret admirer,” Jujur pengakuan Iskandar pada suatu petang yang indah di Kampung Tualang Tiga, Pontian. Mereka sedang menikmati angin bayu di sungai berdekatan rumah arwah nenek Maria.
Maria kelu tidak terkata. Ternyata orang yang dibencinya selama ini menyimpan sekuntum bunga mekar yang tumbuh secara senyap kepadanya.
Melihatkan Maria diam seribu bahasa,  Iskandar memandang mata hijau milik gadis kacukan itu lalu berkata,”Mar, jangan risau. Is ikhlas. Mar tau kan Is dah banyak berubah? Is harap kita kekal selamanya dan bahagia. Is bukan nak mengharap menggunung tinggi, tapi Is yakin Mar dapat terus hidup tanpa menanggung kesakitan macam ni lagi,”
“Is, terus terang Mar memang pernah benci Is. Tapi sejak Is membantu Maria, Mar tau yang Is betul-betul dah berubah. Dan Maria percaya dengan Is,” Balas Maria sambil membalas renungan Iskandar.
Dua ekor burung hinggap di atas dahan pada pokok yang mereka teduhi dan menjadi saksi permulaan bibit kasih sayang antara mereka.
Sejak pengakuan yang dibuat di tepi sungai pada hari itu, mereka mengharungi segala rintangan dan penderitaan dengan redha. Melihatkan Maria yang bersemangat, keluarganya turut segar kembali setelah menyedari bahawa hidup ini perlu diteruskan. Ternyata apa pun halangan yang kita hadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya.

7 BULAN KEMUDIAN

Bebanan Maria dirasakan semakin berat. Tidak menyangka lagi sebulan dia akan menghadapi peperiksaan percubaan PMR. Persiapan yang dibuat sentiasa rapi untuk memastikan hasilnya tidak seperti yang diingini.
Malam itu sebuah majlis doa selamat diadakan untuk memanjatkan doa keberkatan kepada-Nya untuk kecemerlangan Maria, Yasmin, Mardhiha dan Basirah dalam peperiksaan mereka. Ternyata mereka sedar bahawa bebanan yang dipikul bukan sahaja demi keputusan yang cemerlang, tetapi untuk keluarga mereka juga. Jadi keazaman yang ditanam dalam hati diperkukuhkan untuk memastikan tidak terpesong.
“Mar, Dhiha, Irah. Kita buat yang terbaik, okay? Jangan terburu-buru jawab. Nanti hilang jawapan,” Pesan Yasmin tenang ketika mereka menanti untuk melangkah ke dewan peperiksaan.
“Korang pun sama tau,” Dhiha pula bersuara. Ada esakan dalam nada suaranya itu. Ternyata dia tidak dapat menahan rasa gementarnya.
“Sabarlah. Panjatkan doa setinggi-tingginya kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui,” Balas Maria tenang setelah melihat riak kerisauan pada wajah teman-temannya.
2 BULAN KEMUDIAN
Maria termenung keseorangan di tepi kolam buatan di dalam rumahnya. Entah apa yang difikirkan. Kemudian dalam diam Puan Kamila mendekatinya setelah menyedari anak kesayangannya kelihatan risau.
“Mar takut ke nak exam esok?” Lembut sapaan Puan Kamila.
“Eh, mama. Sikitlah. Tapi biasa biasa je. Just nak layan ikan-ikan ni ha,” Balas Maria sambil tersenyum nakal.
“Eleh, main dengan ikan konon. Mama tahulah apa yang anak dara mama fikir. I’m a mind reader you know,” Gurau Puan Kamila.
“Alahh mama ni kacau line lah. Baru nak kelentong haha,” Tergelak dengan ayat mamanya sebentar tadi. Tapi jujur dalam hatinya bahawa dia sememangnya gementar.
“Anak kesayangan mama pasti boleh. Jangan kelam-kabut. Kalau hilang jawapan tu, panjatkan doa kepada Allah. Insya-Allah akan dibantu. Mama sayang anak mama,” Ucap Puan Kamila sambil mengucup dahi Maria.
Maria berpeluh tetapi dewan yang menempatkan 300 orang pelajar PMR tersebut dilengkapi penghawa dingin yang ckup membeku. Entah kenapa dia berasa begitu lain. Serba lain. Maria memandang sekeliling setelah pengawas peperiksaan beralih ke tempat lain. Semuanya tekun menjawab.
Mardhiha sempat menangkap pandangan Maria tersebut lalu tersenyum dan mengenyit mata. Yasmin pula hanya menjelir lidah. Hanya Basirah yang tidak perasan.
10 MINIT BERLALU
Tiba-tiba dewan peperiksaan PMR SMK Seri Bintang Utara bergema dengan jeritang nyaring seorang budak perempuan. Semua orang terkejut lantas berpaling. Mujur kertas telah dikutip. Lau seorang demi seorang mendekati gadis tersebut. Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya mereka.

Bab 5 tamat